Kontinjen Negeri Sembilan Cemerlang di KESSUMA 2026

SEREMBAN: Kontinjen Negeri Sembilan melengkapkan penyertaan dalam Kejohanan Sukan Sukan Malaysia (KESSUMA) 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, dari 14 hingga 18 September lalu dengan beberapa pencapaian membanggakan.
Antara kejayaan yang diraih ialah pasukan Ping Pong Perempuan Negeri Sembilan yang berjaya meraih tempat ketiga dalam kejohanan berkenaan.
Selain itu, pasukan Bola Sepak, Bola Jaring serta Badminton lelaki dan perempuan turut menunjukkan prestasi membanggakan apabila berjaya mara ke peringkat suku akhir.
Peserta Memanah Negeri Sembilan turut memberikan saingan menerusi komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Lebih membanggakan, Negeri Sembilan turut menjuarai Pertandingan Busana Tradisional Melayu kategori Pemanah Tradisional Perempuan.
Ketua Penolong Pengarah Kanan yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Amiza Khusyri Yusof, turut hadir pada majlis penutup KESSUMA 2026.
JHEAINS dalam hantaran di Facebook merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kontinjen Negeri Sembilan yang telah membawa nama negeri dengan penuh disiplin dan tanggungjawab.
“Syabas dan tahniah kepada semua! Teruskan semangat juang dan jadilah Anak JUARA!” menurut JHEAINS.




