Lawatan ke Maldives perkukuh hubungan dua hala Malaysia

MALÉ: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Maldives membuka ruang baharu untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi beberapa persetujuan penting termasuk mempercepatkan mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives di Kuala Lumpur sebelum akhir tahun ini.
Anwar berkata, meskipun lawatan berkenaan berlangsung dalam tempoh singkat, perbincangan yang diadakan bersama Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu berlangsung secara panjang, terbuka dan bermakna.
“Meski lawatan ini singkat, perbincangan yang berlangsung cukup panjang, terbuka dan bermakna,” katanya menerusi kenyataan selepas mengakhiri lawatan rasmi ke republik berkenaan.
Menurut beliau, Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives penting sebagai mekanisme untuk menyelesaikan perkara-perkara yang masih berbangkit selain menetapkan tindakan konkrit bagi memperluas kerjasama antara kedua-dua negara.
Malaysia turut bersetuju secara prinsip untuk menyokong permohonan Maldives bagi kemudahan kewangan bernilai AS$100 juta, dengan Bank Negara Malaysia dan Maldives Monetary Authority akan memperincikan mekanisme serta proses pelaksanaannya.
Dalam sektor tenaga pula, Anwar berkata beliau akan berbincang dengan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berhubung cadangan meneroka potensi kerjasama tenaga di Maldives.

“Saya juga akan berbincang dengan PETRONAS mengenai cadangan meneroka potensi kerjasama tenaga di Maldives,” katanya.
Lawatan itu turut menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan dan hal ehwal Islam, yang disaksikan Anwar dan Presiden Muizzu.
Dalam bidang pendidikan, Perdana Menteri berkata kerajaan akan meneliti beberapa kekangan birokrasi yang dihadapi pelajar Maldives dan keluarga mereka, selain meneroka kerjasama dalam bidang kesihatan mental serta kebajikan golongan kurang upaya.
Kedua-dua negara turut menyatakan pendirian bersama mengenai isu perubahan iklim, termasuk kepentingan pelaksanaan komitmen antarabangsa berkaitan pembiayaan iklim.
Anwar berkata Malaysia dan Maldives juga kekal teguh memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk rakyat Palestin serta menolak penjajahan dan kezaliman terhadap rakyat di Gaza.
“Lawatan ini membuktikan bahawa Malaysia dan Maldives, meski relatif kecil, mampu berdiri dengan suara yang tegas dan jiwa yang berani dalam mempertahankan kebenaran, menjunjung tadbir urus yang baik serta menolak keangkuhan kuasa yang menindas negara dan rakyat lain,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada Presiden Dr Mohamed Muizzu, kerajaan dan rakyat Maldives atas layanan serta persahabatan yang diberikan sepanjang lawatan berkenaan.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada delegasi Malaysia, petugas kedutaan serta semua pihak yang menjayakan lawatan tersebut, sambil berharap segala kesepakatan yang dicapai dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Lawatan dua hari Anwar ke Maldives pada 14 dan 15 September itu merupakan kunjungan sulung beliau ke republik berkenaan sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.





Hi nadinasional.com,
I wanted to check if you’re considering any updates or improvements to your website.
A well-structured and user-friendly website can help present your business professionally and make it easier for visitors to find the information they need.
We offer a range of web and digital services, including:
• Website Design & Development
• Website Redesign & Updatesa
• Mobile App Development
• E-Commerce Website Development
• SEO Services
• Digital Marketing
• Online Branding
• Social Media Marketing
• Website Speed & Performance Improvements
• UI/UX Design
Our approach focuses on clean design, mobile compatibility, website performance, SEO-friendly development, and an easy-to-use experience.
If you’re planning any website or digital updates, I can share a few examples of our recent work and provide pricing based on your requirements.
Would you like me to send over some examples and a brief proposal?
Best regards,
Roel